Tuesday, 14 April 2015

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 (KM1M 2015)


Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,


PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 (KM1M 2015)


Merujuk kepada perkara di atas.


2.            Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.
3.            Program KM1M 2015 Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga (3) hari iaitu pada 21 hingga 23 April 2015 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia. Majlis pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
4.         Sehubungan itu, dipohon kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada semua sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan supaya  melaksanakan program tersebut.

Sekian, Terima kasih

Airil Anuar Ahmad
Urus Setia
Kem Membaca 1Malaysia
BTP, KPM

Pusat Kegiatan Guru Dabong

Penulis & Editor

PTP II

0 comments:

Post a Comment