PERHIMPUNAN BULANAN BTPN KELANTAN BIL 1/2016 Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kewangan dan Perolehan (UKP) Bahagian Teknologi Pendi...
PERHIMPUNAN BULANAN BTPN KELANTAN BIL 1/2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kewangan dan Perolehan (UKP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah diberi tanggung jawab untuk mengelola Majlis Perhimpunan Bulanan BTPN Kelantan Bilangan 2/2016 dan ketetapan telah dibuat sebagaimana berikut:
Tarikh : 10 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang
Tempat : Dataran PSPN 10 Tahun, BTPN Kelantan.
Tema : BADAN SIHAT, OTAK CERDAS, ORGANISASI MANTAP
Pakaian : Pakaian Sukan ( Baju warna MERAH)
2. Sehubungan itu, semua warga BTPN dan PKG Kelantan adalah dijemput hadir.
3. Untuk makluman, perhimpunan kali ini akan di isi dengan beberapa program senamrobik, sukan dan gotong royong. Untuk tujuan itu semua warga perlu memakai pakaian sukan (track suite) sepanjangan hari.
4. Perjalanan pergi dan balik dari PKG ke BTPN secara kongsi kenderaan. Hanya seorang sahaja yang layak membuat tuntatan perjalanan (km) dari setiap PKG.
5. Tentatif aturcara adalah sebagaimana berikut:
8.00 pagi : pendaftaran
8.30 pagi : Senamrobik
9.15 pagi : Rehat dan KUDAPAN
9.45 pagi : Program Perhimpunan Bulanan
11.30 pagi : Program gotong royong
1.00 tgh : Rehat dan makan tengahari
2.00 ptg : Taklimat unit UPKP
: Program Mentor Menti – UPS
3.30 ptg : Pertandingan Sukan Permainan – Anjuran Badan Kebajikan.
COMMENTS