Sunday, 27 March 2016

RoadShow Bahan Digital MBMMBI PPD Kuala Krai 2016

Pada 24.3.2016, Unit Media Inovasi Pendidikan BTPN dengan kerjasama PPD Kuala Krai dan PKG Daerah Kuala Krai telah mengadakan satu roadshow berkenaan dengan penggunaan bahan digital MBMMBI edaran BTP KPM untuk kegunaan sekolah bagi sesi 2016. Acara ini bermula jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Vokasional Kuala Krai dan dihadiri oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah. Pada acara ini pihak PKG dan BTPN telah memberikan input berkaitan dasar penggunaan CD MBMMBI untuk warga sekolah manakala pihak PPD/SISC+ memurnikan RPH untuk sesi PDP menggunakan bahan ini. Majlis selesai pada jam 12.30 tengahari diikuti dengan jamuan ringan. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara kali ini.

Ucaptama oleh Pn Nur Hidayah Alawi, Pegawai Meja MBMMBI BTPN Kelantan

 Ucapan aluan oleh Pen Pegawai PPD (Bahasa) Pn Aida bt Abdullah

Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah

Penerangan dasar oleh PTPII PKG Dabong

Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pusat Kegiatan Guru Dabong

Penulis & Editor

PTP II

0 comments:

Post a Comment