Sunday, 27 March 2016

Roadshow Bahan Digital MBMMBI PPD Gua Musang

Pada 27.3.2016, Unit Media Inovasi Pendidikan BTPN dengan kerjasama PPD Gua Musang dan PKG Daerah Gua Musang telah mengadakan satu roadshow berkenaan dengan penggunaan bahan digital MBMMBI edaran BTP KPM untuk kegunaan sekolah bagi sesi 2016. Acara ini bermula jam 2.30 petang bertempat di Bilik Seminar PKG Gua Musang dan dihadiri oleh 20 orang Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah yang terpilih. Pada acara ini pihak PKG dan BTPN telah memberikan input berkaitan dasar penggunaan CD MBMMBI untuk warga sekolah manakala pihak PPD/SISC+ memurnikan RPH untuk sesi PDP menggunakan bahan ini. Majlis selesai pada jam 4.30 petang diikuti dengan jamuan ringan. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara kali ini.

 Pembukaan oleh PTP II PKG Gua Musang

Ucaptuma oleh En Zulkifli Zakaria, Pen Pengarah merangkap Ketua Unit Media Inovasi Pendidikan BTPN Kelantan

Penerangan dasar bahan digital MBMMBI oleh PTPII PKG Dabong

 Peserta yang hadir

 Ucapan Pen Pegawai PPD Gua Musang (Bahasa) En Hamzah

 Dif jemputan

Peserta mengaplikasikan penggunaan CD MBMMBI

 Penerangan RPH oleh SISC+ Bahasa PPD GM En Wan Amran

Bahan digital berjaya diinstal dalam laptop guru

Pusat Kegiatan Guru Dabong

Penulis & Editor

PTP II

0 comments:

Post a Comment