Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Di maklumkan bahawa negeri Kelantan akan menghadapi musim...
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Di maklumkan bahawa negeri Kelantan akan menghadapi musim tengkujuh dalam masa terdekat pada tahun ini. Sukacita diingatkan agar pegawai dan staff PKG perlu bersedia dan bertindak dalam usaha untuk mengelakkan kerosakan pada aset dan perlalatan PKG terutama sekali PKG yang selalu dilanda banjir.
3. Persediaan menghadapi banjir adalah seperti berikut:
i) Alihkan peralatan PKG ke tempat yang lebih tinggi.
ii) Pastikan dokumen-dokumen penting diletakkan di tempat yang paling tinggi dan berkunci.
iii) Tutup suis elektrik jika PKG akan ditenggelami air.
iv) Sentiasa maklumkan keadaan semasa PKG sewaktu banjir kepada Unit Pengurusan Strategik melalui whatsApp,telefon atau telegram kecuali anda telah diarahkan berpindah.
4. Oleh yang demikian diingatkan juga agar pegawai-pegawai PKG mengutamakan keselamatan diri untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sekian untuk tindakan dan makluman.
Muhammad Hidayat Mat Zahari
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pengurusan Strategik
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Kelantan
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pengurusan Strategik
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Kelantan
COMMENTS