Profil Jabatan

Profil PKG Jabatan Pusat Kegiatan Guru Dabong Pegawai Ketua PKG Pegawai Teknologi Pendidikan I DG34 En Shamsuddin b Othman Pegawai...

Profil PKG
JabatanPusat Kegiatan Guru Dabong
PegawaiKetua PKG
Pegawai Teknologi Pendidikan I DG34
En Shamsuddin b Othman

Pegawai Teknologi Pendidikan II DG41
En Nurul Fakhri b Daud

Juruteknik Komputer FT17
En Mohd Zulkhairil b Mustapha

Pembantu Tadbir N17
Cik Nur Atikah bt Che Mohd Zain
AlamatPusat Kegiatan Guru Dabong
D/A Sekolah Kebangsaan Dabong,
18200 Kuala Krai,
Kelantan
Nombor Telefon09
Nombor Faks09
Laman Webhttp://pkgdabong.blogspot.my
Alamat E-melpkg_dabong@moe.gov.my / pkgdabongkualakrai@gmail.com

Pengenalan

Sejarah Penubuhan

Program Teknologi Pendidikan mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara semenjak sebelum Merdeka, melalui alat bantu mengajar.  Melalui penggunaan  alat-alat bantu mengajar seperti filem jalur secara terancang, dapat menjelaskan konsep pembelajaran dan memperkayakan suasana pembelajaran dengan bantuan gambar, teks dan audio.

Pada tahun 1949, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandang Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskan penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajar. Dengan perkembangan penerbitan bahan dan keperluan khidmat nasihat yang berterusan ke atas pengurusan dan penggunaan alat-alat tersebut, maka Jawatankuasa Alat Pandang Dengar Negeri dan Pusat Alat Pandang Dengar Negeri ditubuhkan pada tahun 1950-an. Pada tahun 1956, satu Jawatankuasa sepenuh masa dibentuk dan diketuai oleh seorang Setiausaha Alat Pandang Dengar.

Pada peringkat awal, perkhidmatan Unit Alat Pandang Dengar diletakkan di bawah Bahagian Latihan Guru, memandangkan guru-guru digalakkan menggunakan APD dalam proses pengajaran masing-masing. Dengan perombakan Kementerian Pelajaran pada tahun 1963, Unit APD dipindahkan ke Bahagian Sekolah-Sekolah dan seterusnya telah menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan dan 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan kepada 1.500 buah Sekolah Rendah Kebangsaan.

Usaha untuk memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966. Usaha ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Penyiaran dan Kementerian Pelajaran. Penumpuan diberikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan ini diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah.
Pada tanggal 18 Mei 1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran, tetapi Kementerian Penerangan dan Penyiaran terus menyediakan kakitangannya sehingga Kementerian Pelajaran mengganti kakitangannya sendiri pada satu tempoh yang sesuai kelak.
Pada akhir 1960-an, konsep multi-media telah berkembang dan diyakini berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan pelancaran siaran rancangan television pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran telah menjalankan dua projek rintis pada tahun 1965 di sekolah rendah dan pada tahun 1966 di sekolah menengah untuk mengkaji kesesuaian mengadakan perkhidmatan TV Pendidikan. Dapatan ke atas  kajian amat menggalakkan dan mencadangkan untuk menubuhkan Perkhidmatan Televisen Pendidikan.Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah melantik En. Alan Hancock dari The Centre for Educational Television Overseas (London) menjalankan kajian tentang kemungkinan menggabungkan perkhidmatan alat bantu mengajar, radio pendidikan dan television pendidikan. Hasil laporan yang dikemukakan dan disokong dengan perkembangan konsep multi-media yang berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran, dalam tahun 1971, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek penubuhan TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan.  Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971.  Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah.  Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah.  Kini,  BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.

Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.




Visi
Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan. 



Misi
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan  instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.



Moto
" Teknologi Untuk Pendidikan Bestari "



Piagam Pelanggan
Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk :-
  1. Mengambil tindakan terhadap aduan masalah  ICT KPM di sekolah dalam tempoh dua hari bekerja.
  2. Membangun dan membekalkan 100 judul bahan sokongan P & P ke sekolah dalam tempoh setahun.
  3. Memberi khidmat bantu dan nasihat kepakaran dalam pengurusan Pusat Sumber  Sekolah kepada 750 sekolah dalam tempoh setahun.
  4. Menjamin siaran Eduweb TV  dapat ditonton  pada bila-bila masa.
  5. Membantu  sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang berdasarkan Smart  School Qualification Standard  dalam tempoh setahun.



Fungsi Utama


  1. Merancang, memantau,  menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan. 
  2. Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan  dan menyediakan  sokongan perkhidmatan  ICT.
  3. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah.
  4. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran  dalam pelbagai media.
  5. Merancang, menyelaras, menilai  dan memantau  pengurusan  dan pembangunan pusat sumber  sekolah dan  program literasi maklumat.
  6. Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta  pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik  dan media cetak.
  7. Memantau dan  menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam  pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.
  8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti  teknologi pendidikan di sekolah.



Falsafah
Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.



Dasar Kualiti
Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan.



Objektif Organisasi Bahagian Teknologi Pendidikan
  1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
  2. Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.
  3. Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai  bagi kegunaan murid dan guru.
  4. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.

COMMENTS

Name

AM,4,Dasar,4,EKSA,1,EPSA,1,ICT,20,Khidmat Bantu,8,Pembestarian,5,PKBB,5,PSS,16,slider,6,teklimat / bengkel / mesyuarat,6,Terkini,17,Unit Komunikasi Korporat,2,VLE,2,
ltr
item
PKG Dabong: Profil Jabatan
Profil Jabatan
http://www.mddabong.gov.my/documents/10124/69982bd3-bf30-4737-a880-a78c161abb8b
PKG Dabong
https://pkgdabong.blogspot.com/2015/11/profil-jabatan.html
https://pkgdabong.blogspot.com/
https://pkgdabong.blogspot.com/
https://pkgdabong.blogspot.com/2015/11/profil-jabatan.html
true
4539066340809839682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy