Thursday, 18 February 2016

Task Force dan Kutipan eData 2016


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Saya diarahkan untuk merujuk kepada tajuk seperti di atas.


Sukacita dimaklumkan bahawa task force eData akan dilaksanakan bertujuan mengumpul data peralatan ICT sekolah-sekolah KPM Negeri Kelantan. Data ini adalah penting sebagai rekod di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan peralatan ICT yang ada di sekolah-sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan mencukupi. Kutipan data perlu dilaksanakan pada 10 hingga 29 Februari 2016.

Bersama ini dilampirkan : (Klik disini untuk muat turun)

1. Instrumen Kutipan Data - perlu dilengkapkan dan mendapat pengesahan.
2. Memo Dalaman - untuk pergerakan PTP & JTK BTPN Kelantan.
3. Surat Makluman Sekolah - untuk PTP/JTK BTPN edarkan kepada sekolah kelompok masing-masing.
- sebagai punca kuasa kutipan data peralatan ICT di sekolah.

Segala kerjasama, perhatian dan tindakan warga UBest didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian.


_________________________________

Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah (BEST)
BTPN Kelantan

Pusat Kegiatan Guru Dabong

Penulis & Editor

PTP II

0 comments:

Post a Comment