Assalamualaikum & Salam Sejahtera Saya diarahkan untuk merujuk kepada tajuk seperti di atas. Sukacita dimaklumkan...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya diarahkan untuk merujuk kepada tajuk seperti di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa task force eData akan dilaksanakan bertujuan mengumpul data peralatan ICT sekolah-sekolah KPM Negeri Kelantan. Data ini adalah penting sebagai rekod di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan peralatan ICT yang ada di sekolah-sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan mencukupi. Kutipan data perlu dilaksanakan pada 10 hingga 29 Februari 2016.
Bersama ini dilampirkan : (Klik disini untuk muat turun)
1. Instrumen Kutipan Data - perlu dilengkapkan dan mendapat pengesahan.
2. Memo Dalaman - untuk pergerakan PTP & JTK BTPN Kelantan.
3. Surat Makluman Sekolah - untuk PTP/JTK BTPN edarkan kepada sekolah kelompok masing-masing.
- sebagai punca kuasa kutipan data peralatan ICT di sekolah.
Segala kerjasama, perhatian dan tindakan warga UBest didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
_________________________________
Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah (BEST)
BTPN Kelantan
COMMENTS