Salam Sejahtera Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (...
Salam Sejahtera
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Program Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2018 bermula pada 16 Ogos 2018 hingga 18 September 2018. Satu Bengkel Penulisan Artikel dan Penulisan Kreatif akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 4 September 2018 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Jamuan Aras 1
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
3. Bersama - sama ini dilampirkan aturcara bengkel.
4. Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Pn Mageswary A/P Arsohgah di talian (03-8870 6542) atau Pn. Nur Eliana Binti Zainal di talian (03-8870 6550). Perhatian dan kerjasama pihak Tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
COMMENTS